~ Hari Pertama Masuk Sekolah.. :) ~

Salam dan selamat malam semua..
I wish to continue spread more stories about the best of Rengit and its community..
But tonight i just feel like i want to talk about something else..
Tak kisah la kan syg semua..my blog macam rojak sikit. U all dont mind it right? haha..
Emm..cakap nak cite pasal perkara lain..tapi nak cerita pasal apa ea..gosh..no ideas..
ok2..rasa nak cerita pasal " Hari-hari ku di SMK Permata Jaya" lak..haha..sengal kan..tadi kate nak cakap pasal lain..tapi berbalik semula dengan Rengit..its ok..ternyata Rengit is hard to resist..
Well then, lets start with my first day at school..mula-mula pergi sekolah tu jantung punya la berdebar-debar rasa nak pecah..macam-macam bermain di fikiran..huhh..

Saya ingat lagi..hari Isnin  9 Mei 2011..saya orang pertama yang bangun dalam rumah sewa kiteorang..awal tuh, pukul 5.00 pagi dah bangun.
Mana tak nye..mata takley nak tdo. Rama-rama berterbangan di dalam perut..siap leh main kejar-kejar ala-ala 'Tokyo Drift' lagi dieorang.
Haha..mesti korang pelik dan tertanya-tanya kan..apasal lak rama-rama boleh terbang dalam perut? Haha..actually tu perumpamaan je sayang oi..dipetik dari peribahasa Inggeris.."I got Butterflies in my stomach" menandakan satu keadaan apabila seseorang tu dilanda kegelisahan atau dalam bahasa Inggerisnya 'nervous' yang teramat.
Ok..forget the butterflies..berbalik pada cerita asal. Dah bangun tu apa lagi..terus mandi di dalam kesejukan air yang meresap terus ke dalam tulang. Sejuk woo..selesai je saya mandi, kawan-kawan saya yang lain semua take turn nak mandi juga. Ceh, ceh..first day nak melapor diri kat sekolah kan. Bukan main semua pakai cantik-cantik accept me. Saya biasa je.

Melangkah masuk ke sekolah itu, saya dan kawan seperjuangan terus mencari pejabat sekolah untuk berjumpa dengan Pengetua. Tapi masa tu perhimpunan. Jadi Puan Pengetua berada di tapak perhimpuanan bersama pelajar-pelajar SMK Permata Jaya.
Kami berjumpa dulu dengan Penolong Kanan iaitu Tuan Haji Mazlan Bin Ithnin..eyh..betul ke..maaf la Cikgu Mazlan kalau tersilap ye.
Duduk di dalam bilik beliau, kami bertiga iaitu saya, CikguYaakub dan Cikgu Haliza di beri sedikit briefing dan ditanya tentang pengkhususan subjek yang nak di ajar masing-masing.
Kemudian setelah selesai menguruskan jadual pengajaran masing-masing bersama Cikgu Mazlan, kami diarahkan pula untuk berjumpa dengan Puan Pengetua iaitu Puan Hajah Faridah.
Bersama beliau, kami diberi sedikit maklumat berkaitan sekolah, misi visi, budaya sekolah dan sebagainya untuk pengetahuan dan pegangan kami sepanjang menjalankan latihan mengajar di sekolah tersebut.
Kami mendengar dengan teliti segala penerangan beliau sebelum kami dibenarkan untuk meninjau-ninjau keadaan sekolah dan mengenalpasti bilik darjah dan bilik-bilik lain di sekitar sekolah tersebut.
Haa..sebelum meninjau sekolah, kami diperkenalkan dulu dengan guru-guru di bilik guru dan diberi tempat duduk serta meja sendiri yang cukup selesa. Alhamdulillah, semua guru-guru di sekolah tersebut peramah dan baik hati memberi segala tunjuk ajar kepada kami bertiga sepanjang keberadaan kami di sekolah tersebut.
Eyh..kalau nak taip cerita pasal hari-hari saya di SMK Permata Jaya ni memang tak habis-habis satu blog ni..entah berapa page nanti panjang ceritanye. Nah..di bawah tu saya menceritakan dengan cara visualise pulak. Baru la tak bosan mata kan..hehe..Oh ye..untuk makluman, hari pertama kiteorang melapor diri kat sekolah ni pelajar-pelajar sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. So ada la beberapa gambar kelas pertama yang saya masuk untuk relief..kelas 4 Science 2..
Nah,serve your eyes dear..

Haa..ni tempat kedua saya dan cikgu Haliza duduk selepas bilik guru. Perpustakaan. Maklum la nervous dan tak biase lagi dengan cikgu-cikgu SMKPJ

Haha..dalam keboringan suasana exam yang senyap sunyi tu, sempat la saya snap muka-muka yang tengah fokus menjawab soalan ujian tu.

Ni gambar dari belakang pulak.

Tak silap saya masa ni ramai budak lelaki tak ada sebab yang tak ada tu semua pengakap yang hebat-hebat mengharumkan nama sekolah untuk pertandingan kawad antara sekolah.


 Okeyh, dah tengok? Tu je ade gambarnye. hehe..maaf pembaca-pembaca semua..hari pertama ni saya takde pulak merakamkan gambar saya sendiri. Alaa..tak payah pun kan..haha..muke skema gile waktu hari pertama ni..haha..okey la u olls..itu je coretan untuk entri kali ni.. InsyaAllah nanti saya recall balik semua kenangan di Rengit dan SMKPJ dan share dengan korang semua k. Adios amigos.. :)








THE END :)


DO DROP ME A COMMENT.. :)

6 comments:

Awak..terima kasih ea..
Penat mata awak baca kan?
Lembutkan la pulak jari jemari menaip comment di bawah ni ok ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
@CopyRight By MoMoChiMiOw ProPerTies