Welcome to My Blog...

Alhamdulillah..Pada hari ini iaitu hari Sabtu tepat jam 9.35 malam akhirnya saya berjaya jugak membina blog yang tak seberapa terbina ni..hehe..
Phewwwww..susah gak nak buat blog ni..kene pulak saya ni jenis yang susah nak puas hati dengan hasil kerja sendiri..lame jugak la nak menggodek2 blog ni..
So, for the time being, saya kene berpuas hati dengan ape yang ada dulu walaupun tak secantik yang saya mahukan..hehe..nanti saya upgrade lagi ekk..
So, untuk makluman pembaca semua, ini blog saya yang ketiga..tapi yang first and second blog dulu saya dah delete atas sebab-sebab tertentu..
Actually, saya ni bukan lah kalangan blogger tegar..tetapi minat nak menaip dan bercerita tu selalu ada membuak-buak di dalam diri..(chewahh...assignment tak nak pulak buat...haha..kantoi sudah) ok..yang dalam kurungan tu abaikan..hanyalah sekadar monolog dalaman..
Owh ye..terlupa pulak..syok sangat bercakap pasal blog, sampai lupa nak bagi intro..
Ok..nama diberi..RAUDATUL JANNAH..(nama papa dirahsiakan sebagai langkah berjaga-jaga)
Tahun ni dah nak masuk 24 tahun..hehe..kira dah 24 tahun dah pun..tetapi tidak mahu mengakui kerana birthday saya akan menjelang dalam 12 hari je lagi..
Saya merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Hobi saya membaca (buku di luar bidang akademik), memasak dan mendengar lagu.
Cita-cita saya..hehe..of course la nak jadi CIKGU..dah study pun di Universiti Pendidikan kan..
Huhu..teringat time kecik-kecik dulu..time darjah 1 nak jadi PEGUAM...pastu darjah 3 pulak nak jadi PRAMUGARI..bila masuk darjah 6 cita-cita jadi pramugari diabaikan kerana sedar diri tak cukup tinggi and tak cantik..hehe..masuk tingkatan 1 pulak cita-cita nak jadi ARKITEK..then bila dah tingkatan 3 and lulus PMR dengan agak cemerlang, terpilih la masuk ke kelas aliran sains dan secara automatiknya cita-cita mengarah ke arah DOKTOR..akan tetapi apabila berada di tingkatan 5, result sains tak berapa dapat nak dibanggakan then semua cita-cita selama ni berkubur di situ sahaja..
Tak pernah terlintas pun di fikiran nak jadi CIKGU sebelum ni tau..huhu..tetapi itulah takdirnya..
InsyaAllah tamat pembelajaran di UPSI kelak, saya akan memulakan hidup sebagai seorang pendidik dan saya bangga membawa gelaran CIKGU kerana saya berpeluang untuk mendidik generasi yang akan datang menjadi insan yang berguna dan dapat berkhidmat untuk negara..(huhu..terharu la pulak)
emmm..rasanye itu je intro saya kot..hehe..kalau ada apa-apa yang saya tertinggal, nanti saya update lagi ye..
Bye for now..thank you for reading..^_^





THE END :)


DO DROP ME A COMMENT.. :)

0 people peek a boo..:

Post a Comment

Awak..terima kasih ea..
Penat mata awak baca kan?
Lembutkan la pulak jari jemari menaip comment di bawah ni ok ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
@CopyRight By MoMoChiMiOw ProPerTies