~ LOVE U BABY..~

Hye dan selamat tengah malam kawan-kawan yang cun melecun..
Entry kali ni mungkin agak straight dan mendatar tanpa icon-icon yang comel ye..
Harap maaf kawan-kawan..
Reasonnya kerana insan yang tengah menaip ni demam dan time ketuk-ketuk keyboard ni pun kepala pening sangat-sangat..
Tapi disebabkan angin untuk menaip tiba-tiba datang meniup..
(Perghh..dah lama tak membebel kan..)
Saya gagahi juga diri ini..chewah..fuhh..semput.. ~ ~
Tadi dalam pukul 8 malam saya tertidur kerana pening kepala dan badan rasa sejuk-sejuk panas..
 (Eyh, camane sejuk-sejuk panas tu ye..?? Erkk..saya pun tak faham daa..Buat-buat faham je ye..)
Semalam baru je jadi doktor kepada seorang kawan yang demam..
Nasihat itu ini suruh makan ubat, minum air banyak-banyak bagai..
Kalah doktor yang real..huhu..
Hari ni haa..amek kau..saya pulak yang demam..
Gara-gara berhujan petang semalam la nih..
Dah berhujan tu tak reti-reti nak mandi terus pulak kan..bagus anak mama..
Memang suka betul mengundang kemarahan mama..
Dah la saya di antara spesies manusia yang tak suka pergi klinik, tak suka makan ubat dan yang paling penting tak suka demam sebab tak suka kena paksa buat dua-dua yang dah saya nyatakan sebelum ni tadi..haiyaa..
HAPE PUN TAK BOLEHHH..!

Okay..berbalik kepada jalan yang benar dan sesungguhnya tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka..
Sebelum tuh..baca yang kat bawah tu dulu ye..

SAYA ADA ADIK BARU MERANGKAP ANAK BUAH BARU...NGEEE...HAPPY...!!!

Hee..dah baca dah..ce tengok profile picture saya kat facebook tu..
Tu la reasonnya saya tukar profile picture saya..
Nak menunjukkan betapa happynya saya menyambut orang baru dalam keluarga kami..
Tapi saya agak confuse dan pening jugak la..
Saya tak tau nak consider dia adik atau anak buah..
Sebab yang mengangkatnya papa dan mama..
Tapi nama yang dipinjamkan untuk "bin" kan si kecil tuh abang ipar saya..Abang Mudin..

Dia panggil Papa..PAPA..

Dia panggil Mama..MAMA..

Dia panggil Abang Mudin..DADDY..

Dia panggil Kakak..MUMMY..

So saya pening dan tanya kakak,

"Habis tu dia nak panggil saya apa?"
"Ye tak ye jugak ea..dia nak panggil awak apa?" (Haish..soalan dijawab balik dengan soalan pulak dah..)
"Haa..saya tahu..suruh dia panggil saya DARLING..! " (ngeehee..best tak idea saya? ok la tuh..)

Oh ye..tak bagitau lagi kan siapa nama si kecik ni?
Nama si kecik comel ni---> NUR AZIM..
Jantina---> Lelaki
Tarikh Lahir---> 12 Januari 2010

Photobucket
Hye..hensem kan saya..??

Azim ni merupakan anak bongsu kepada 7 adik beradik..
Ada 3 orang daripada adik beradiknya dijaga di rumah anak-anak yatim tempat mama bekerja..
Saya sangat sedih bila mengenangkan nasib Azim serta adik beradiknya yang lain..
Ayahnya meninggal sewaktu Azim masih berusia dua bulan di dalam kandungan ibunya..
Ibunya pula tidak mampu untuk menampung dan menyara hidup mereka 7 beradik..
Panjang sebenarnya kisah yang membawa kepada Mama mengambil Azim sebagai anak angkat..
Tapi yang paling penting sekali, kami tidak akan sekali-kali memisahkan Azim daripada adik beradik kandungnya.. 
Allah S.W.T je yang tahu betapa gembiranya kami sekeluarga menerima ahli baru dalam keluarga nih..
Syukur ke hadratNya kerana memberi kami permata hati ni..
Semoga kehadirannya membawa sinar baru dan kebahagiaan buat kami sekeluarga..
Tak kira la dia adik ke anak buah, kami semua akan sama-sama menjaga dan memberi sepenuh kasih sayang kepada dia..
Maka sekarang, Apis si bongsu dalam adik beradik saya, telah diturunkan pangkat dan tidak lagi menjadi bongsu..
Kerana sudah ada si comel Azim..hehehe..maaf ea dek Apiz..
Tapi hakikatnya kan, Apiz tak terjejas langsung pun dengan kehadiran Azim..
Sebab walaupun dia bongsu, dia tak manja sangat pun dengan mama dan papa..
Sebaliknya saya yang merupakan anak kedua dari empat beradik ni tapi dalam adik beradik macam yang paling bongsu kerana saya sangat manja dengan papa dan mama yang agak merasa terancam..

Huhu..sabo je la kan..
Ek eleh..poyo je saya ni..haha..ada ke patut nak jeles-jeles pulak..
Oh tidak..saya sangat sayang pada Azim..
Biar la dia pulak merasa kasih sayang yang melimpah ruah dari papa dan mama..
Aduhh..lewat dah ni..dan kepala saya makin kuat pulak denyutannya..
Apa-apa pun, saya sajikan kepada anda semua gambar adik merangkap anak buah saya ni ye..
Serve your eyes..

P/s: Saya sangat suka lihat budak-budak or gambar budak..
sebab melihat mereka memberi satu ketenangan dan kegembiraan di dalam hati..
kesannya sama seperti apabila kita melihat keindahan alam yang menghijau..
tenang je rasa di dalam hati..
Kanak-kanak merupakan roh tanpa sebarang dosa..sangat bersih dan suci..




Photobucket
Susah hati betol minum air kotak..kening berkerut-kerut..hehe..
Photobucket
Susah sangat ke nak minum air tu sayang..?
Photobucket
Happy si teletubbies..hehe
Photobucket
Di office kakak..sibuk mengacau orang
Photobucket
"Ye Encik...Azim bercakap, projek kita hari tu..blablabla.."
Photobucket
Tengah sibuk bermesej dengan client..
Photobucket
Haa..tengok tak tukul tuh..? jangan buli Azim tau..nanti kena ketuk..
Photobucket
Grrr..awak comel tau tak sayang?
Photobucket
"Mama..saya nak ayam yang besar punyaaa..!! " (si comel ni suka makan tau)
Photobucket
Muka tak sabar nak mamam.. "Mam..mam.." (tu je yang dia tau sebut) hehe..
Photobucket
Sleep tite sayang..Semoga Allah melindungi tidur mu..
Photobucket
Panjang bulu matanya kan? jangan jealous tau..

THE END :)


DO DROP ME A COMMENT.. :)

10 comments:

  1. Smoga awk cpt sembuh.. Amin..

    comei bdk nih..:D
    tahniah untk awk skluarga.. :)

    ReplyDelete
  2. @✿ Myra ✿

    comel kan Myra?? hee..happy sangat2 dapat adik baru.. ^_^

    ReplyDelete
  3. @isam

    Terima kasih atas doa tuh...Amin..
    comel kan dia? cam sy kan??hee..

    ReplyDelete
  4. @isam

    macam ni..meh saya ajar..
    kalau awak taip (tapi nanti rapatkan tau. Jgn ada space)

    / no big deal = /nobigdeal
    / silent = /silent
    / shock = /shock
    / bye = /bye
    / hihi = /hihi
    / hmm = /hmm
    / blush = /blush
    / stress = /stress
    / heat = /heat
    / enjoy = /enjoy
    / please = /please
    / omg = /omg

    ReplyDelete
  5. hmm ....
    hihi ....
    enjoy ....
    ^_^..

    ReplyDelete
  6. np ta jd??...
    owh... ok2...
    da paham...
    /hmm...
    /hihi...
    /enjoy....
    haha... :D

    ReplyDelete
  7. dah pandai bergaya dgn handphone...

    ReplyDelete

Awak..terima kasih ea..
Penat mata awak baca kan?
Lembutkan la pulak jari jemari menaip comment di bawah ni ok ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
@CopyRight By MoMoChiMiOw ProPerTies