Showing posts with label perjalanan. Show all posts
Showing posts with label perjalanan. Show all posts

~ Memori Yang Tidak Ternilai 2 ~

Hye again peeps.. ^_^ semangat nih nak sambung cerita yang tak habis awal pagi tadi. Haha..mata dah mengantok, better tido, kang melalut lak taip yang bukan2, nanti naya pulak i. Ok2, back to my story, dah selesai meronda-ronda di sekitar bandar Batu Pahat, Square One dah pegi, BP Mall pun dah diterokai. Kami pun bertolak balik ke rumah sewa di Rengit. Fuhh..dah namanya first time kan, perjalanan dari Batu Pahat ke Rengit dirasakan sangat lama. Siap boleh tido pastu bangun then tido balik. haha.. (Orang tua2 kata kalau pergi ke tempat baru memang macam tu, pokok2 dan alam di sekeliling tengah bagi salam dan ucap selamat datang. Haha, betul ke?? Percaya je la kan) Rumah sewa kami bertempat di Taman Rengit Indah 2. Di kawasan perumahan. Huhu, sampai je, saya kumpul barang saya kat satu sudut, mandi2 kemaskan diri dan ZzzzZzzzZ...tido..penat gile.


         Seminggu berada di Rengit sebelum mendaftar diri di sekolah masing-masing, saya dan rakan-rakan mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar Rengit. Seorang rakan saya yang memang orang Rengit, menjadi tourist guide kami. Kami ke Pantai Punggur, makan mee bandung, ke Pekan Rengit membuat kunci pendua dan sebagainya. Pertama kali bersiar-siar di sekitar Rengit, saya telah jatuh cinta pada kedamaian suasananya. Banyak pokok kelapa sawit, suasana menghijau dan tenang saja. Tidak terdapat di persekitaran rumah saya yang agak hiruk pikuk. Haa, seperkara lagi yang membuatkan saya rasa Rengit dan daerah-daerah di sebelah menyebelahnya sangat unik kerana terdapat kampung-kampung yang bermula dengan nama 'Parit', dan apabila masuk ke salah satu jalan ke kampung tersebut, saya sangat  teruja kerana jalannya yang lurus dan panjang ke dalam. Menarik sangat. Kalau di Sarawak, terkenal dengan kekayaan 'roundabout' nya, di sini pulak saya sangat tertarik dengan keunikan jalannya. Rengit memang best.
THE END :)


DO DROP ME A COMMENT.. :)

~ Memori Yang Tidak Ternilai ~

Hye sayang semua..sesiapa je yang sudi membaca. Hehe..amboi..sayang noks. Segan nye. Actually saya kebuntuan idea nak mengupdate blog yang dah comel nih (comel ke??) haha..ape-ape je la kan. Dari pukul 12 tengah malam sampai la dah dekat nak pukul 4 pagi ni dok fikir nak taip entri pasal ape. Then saya pasang external reddish kesayangan saya dan cuba mencari bahan untuk dipilih sebagai pengisian entri ni. Jari jemari menggerak-gerakkan tetikus, 'klik' sane, 'klik' sini, then there you goes, saya tertarik untuk membuka  folder yang terkandung gambar-gambar yang merakam setiap kenangan manis sewaktu menjalani latihan mengajar di SMK Permata Jaya, Rengit, Batu Pahat, Johor. Emm..how i miss that school so much, plus its happening students and friendly teachers. Rindunya setiap memori di sekolah tu.

Gambar kenangan bersama guru-guru SMK Permata Jaya

Cikgu Low Mei Ling dan Cikgu Norhayati (cikgu yang cute dan happy go lucky)
      Mengimbas kembali kenangan bermula dari perjalanan hendak ke Batu Pahat, sangat mengusik jiwa. Memang tidak akan pernah dilupakan. Dengan tiada langsung pengalaman menjejak kaki ke Negeri Johor, believe it or not, saya menaiki bas seorang diri menuju ke destinasi yang saya pasti bakal mengabdikan seribu kenangan tidak kira pahit atau manis di dalam hidup saya. Hal ini disebabkan kereta yang membawa barang-barang saya dan rakan seperjuangan sudah terlalu penuh dan saya dengan sukarelanya menarik diri dari menyertai rakan-rakan yang akan pergi ke Johor dengan menaiki kereta. Untuk pengetahuan semua, saya memang sangat gemar merantau dan membuat aktiviti-aktiviti yang agak 'adventurous' dan 'gila-gila'. Berbekalkan dua buah beg yang agak besar dan kekuatan diri serta kegigihan untuk berdikari, saya bertolak dari Tanjung Malim, Perak dengan menggunakan bas pada hari Selasa 3hb Mei 2011 seawal 8 pagi. Kira-kira satu jam perjalanan, saya selamat tiba di Terminal Bas Pudu Raya Kuala Lumpur. Dalam keadaan yang agak kalut dengan beg-beg yang dibawa, setibanya saya di Kuala Lumpur, saya tidak tahu hendak mengambil bas yang seterusnya untuk ke Johor di  terminal yang mana. Bak kata orang, malu bertanya sesat jalan kan? So, dengan tidak malunya, saya bertanya kepada pakcik bas di kaunter tiket terminal pudu tersebut. Pakcik tu menyarankan supaya saya mengambil LRT menuju ke Terminal Bas Bandar Tasik Selatan. Saya dengan segera menaiki LRT dan menuju ke destinasi yang disarankan oleh pakcik itu. Itulah pertama kali saya menjejakkan kaki di Terminal bas yang menyediakan perkhidmatan perjalanan menghala ke negeri-negeri di sebelah selatan Malaysia. Pada pengamatan saya, terminal tersebut lebih besar berbanding dengan terminal Pudu Raya. Macam airport pun ada woo..besh..besh..hehe. Saya membeli tiket bas ke Johor bertolak pada pukul 2.30 petang. Dipendekkan cerita, (mata dah ngantok) saya tiba di Terminal Bas Batu Pahat kira-kira pada pukul 5 petang (kalau tak silap). Saya menarik nafas lega dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah melindungi perjalanan saya setiap waktu, detik dan saat. Saya dijemput oleh rakan-rakan seperjuangan di terminal tersebut dan kami telah meluangkan masa yang ada pada petang tersebut dengan bersiar-siar di sekitar bandar Batu Pahat. ---------------------------> ( To be continue...maaf jika penulisan agak skema..haha..tak bley blah kan? ) Ok la sayang2 semua, pening kepala..dah nak pukul 6 pagi dah ni...tdo, tdo..esok sambung lagi keyh.

THE END :)


DO DROP ME A COMMENT.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
@CopyRight By MoMoChiMiOw ProPerTies