Its raining heavily outside and i sit here by the window watching the dancing rain..Subhanallah and Alhamdulillah for Allah gift..sangat mendamaikan hati..tatkala panas di siang hari tadi, sekalian manusia yang merasai bahang kepanasan mengeluh dan mengadu dengan apa yang dirasai itu..tidak kah kita sedar bahawa panas dan hujan kedua-dua nya nikmat dari Allah? Allah memberi panas di siang hari..namun tanpa kita sedari, di sebelah petangnya pula Allah turunkan hujan..bukankah Allah itu Al-Hakiimu..Maha Bijaksana mengaturkan setiap apa yang ada di langit dan di bumi..
Begitu juga dengan kehidupan kita. Mustahil jika ada yang mengatakan hidupnya tidak pernah berhadapan dengan masalah dan musibah..dan mustahil juga jika ada yang mengatakan hidupnya sentiasa bergelumang dengan masalah dan tidak pernah merasai walau satu pun nikmat kesenangan. Allah itu Maha Adil..melalui pengalaman sendiri, saya mengakui, adakalanya saya tidak bersyukur dengan apa yang saya ada. Sekitar 4 ke 5 tahun yang lepas, hidup saya sentiasa menghadapi ujian dan dugaan..ditambah pula dengan ujian dan dugaan bersama keluarga. Sampai satu tahap, saya menjadi seorang yang jahil kerana mempersoalkan kenapa Allah sentiasa memberi kami musibah tersebut. Saya menjadi alpa dan lalai dalam menjalani kehidupan sebagai seorang umat Islam. Saya sombong dan enggan berdoa kepada Allah..sedangkan doa dan amalan itulah yang dituntut oleh Allah dari setiap hambanya. Betapa saya menyesali keangkuhan dan kebodohan saya ketika itu. Seringkali saya menangisi nasib diri dan keluarga, namun ianya sia-sia tanpa doa.
Ketika saya mendapat tawaran dari universiti, saya ibarat terjaga dari tidur yang panjang. Terdetik di hati saya bahawa itu adalah rezeki dan nikmat yang telah Allah beri kepada saya tanpa saya minta. Saya menangis bersyukur dengan kasih sayang Allah tunjukkan kepada saya. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sejak dari saat itu, saya menanam azam dan berusaha untuk menjadi muslimah yang lebih baik dari sebelumnya. Saya bermula dengan memakai tudung. Masih segar di ingatan saya, tika itu bulan Hijrah dalam kalendar Islam. Saya mengorak langkah penghijrahan diri dengan bertudung pada bulan yang penuh bersejarah itu. Alhamdulillah, semenjak dari penghijrahan itu, sedikit demi sedikit saya cuba memperbaiki peribadi diri dan mendekatkan diri kepada Allah dan cuba sedaya upaya mematuhi segala perintahNya.
Namun sebagai manusia, kekurangan diri tetap ada, kadang-kadang manusia mudah alpa dan leka dengan segala keselesaan yang dirasainya. Begitu juga saya. Apabila manusia mula melupakan Penciptanya, maka tanpa sebarang amaran, ujian dan dugaan datang tanpa dijemput. Tentu anda tertanya-tanya kenapa..jawapannya mudah sahaja. Allah rindukan doa dari hambaNya. Allah memberi kita ujian dan dugaan kerana hanya dengan itu, manusia sujud dan ingat padaNya. Oleh itu, walau dibakar dek panas, dan lencun dek hujan, walau ditimbun dengan kekayaan mahupun dilanda oleh ombak berduri, doa dan syukur itu penting sebagai satu bentuk komunikasi antara kita dan Pencipta yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa..
Remember, hopeless moments and hardships teach you to rely on Allah with patience
and certainty. It is because He didn't answer your prayers that you are
you today. No answers are indeed answers and lessons for us. They allow
us to grow into new, and better individuals. And the NO answer will
certainly come later at a better appointed time when you have grown into
a better individual. Keep praying and striving to become a better
person, for Allah will surely make you great if you seek his help and
guidance..
![]() |
Ya Allah... Im not your most faithful servant... I commit sins yet I tell people not to... Forgive me and strenghten my Imaan... |
0 people peek a boo..:
Post a Comment
Awak..terima kasih ea..
Penat mata awak baca kan?
Lembutkan la pulak jari jemari menaip comment di bawah ni ok ^_^