~ Perangai pelik.. ~

Hello there my fellow homo sapiens..


I got bored tonight. Yeah, tones of leisure time and just now i stare at my facebook account with no reasons. Haha. phew, its kinda weird when u find yourself staring at the facebook wall over and over again and then stupidly babbling to yourself "what the fish am i doing now?". Hurm. facebook will become more like prisons to people who get themself to attached to it. So beware ok? 

Terus kepada tajuk kita pada malam ini, chewah, terus beralih bahasa. Takpe la eh, kang orang meluat pulak kite asyik speaking london je. Kalau london sangat takpe la jugak kan. Ahahaha. Minah london sesat la katakan. Teehee. Sebenarnya malam ni saya ada satu inspirasi beras cap bernas yang memang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Haha. Kidding. Al-kisahnya bermula sewaktu saya sedang asyik mencuci pinggan mangkuk di dapur tadi selepas selesai makan malam bersama family. Seperti biasa, mula la verangan-angan tatkala mencuci pinggan mangkuk tu kan. Dalam verangan tu, saya flash back balik zaman kanak-kanak saya ketika kecil dahulu. I believe that everyone has their own childhood memories right? Dan saya juga percaya setiap orang mesti ada perangai atau dengan kata lainnya tabiat, sikap, dan habitat..(eyh, apa pulak habitat ni?? haha) dan setiap perkataan yang sewaktu dengannya kan? Ok. Saya sering tersenyum sendiri tatkala teringatkan zaman kanak-kanak saya dahulu. So, di bawah ni saya ada senaraikan semua perangai saya dari kecil sampai laaaa....em, dewasa ni kot?? haha..enjoy reading ^_^

Perhatian: Kecik dulu saya agak 'tomboy' sikit tau..tapi sikit je la. Sekarang dah jadi wanita sejati dah. Konon..ahaks, gediknya. 

1. kuat nangis 
>> bak kata mama, kalau sehari tak dengar suara saya menangis ibarat bulan jatuh ke riba..haha.

2. suka buli adik-adik
>> nangis pun dia nombor 1, buli pun dia juara.
>> dah dewasa ni asyik kena buli balik..huwaa..adik-adik semua dah tinggi. kakak dah terbantut tumbesaran.

3. sangat lasak
>> suka panjat pokok asam belakang rumah nenek. pernah tertidur atas pokok asam, konon2 berangan nak jadi tarzan. lepas tu bila turun ke tanah, mama rotan. haa..amek engkau.
>> sangat suka main dalam longkang dan boleh pulak buat main pondok-pondok dalam tu.. =.='
>> main lawan-lawan, gadoh-gadoh dengan adik-adik (dua2 lelaki) dan sepupu sepapat sepipit lelaki yang lain. pastu buli diorang habis-habisan sebab saya sorang je budak besar time tu. cucu kedua sulung family sebelah mama. kakak pulak pendiam, tak suka main. haha.
>> aktiviti lasak atau aktiviti-aktiviti budak lelaki buat, semua nak ikut. 
>> Rekod dewasa: main ice skating kat sunway pyramid sampai jatuh tergolek, tersungkur, terguling..namun tetap nak main jugak sampai unbelievably expert (boleh la kan). aiseh, puji sendiri pulak..tak malu..haha.

4. ular, cacing, cicak, lipas, katak..ect, etc.. (semua binatang atau serangga yang mostly perempuan tak suka atau geli, SAYA SANGAT SUKA. especially ULAR ^_^ )
>> sewaktu berumur 2 tahun saya dah main dengan ular. 
>> ketua rombongan kepada adik2 dan sepupu sepapat sepipit menjelajahi padang dan hutan di sekitar rumah atok untuk mencari cacing tanah.
>> pernah takutkan kawan-kawan kat sekolah dengan membaling cicak ke atas meja diorang. (haih..berdosanya daku) :'( 
>> rasanya sampai dewasa ni saya masih lagi sukakan binatang dan serangga2 tersebut.

5. suka makan belacan dan buat ala-ala makan chocolate
>> yang ni memang saya tak boleh blah, sekarang bila difikirkan balik, masin kot kalau makan macam tu je. haihh... =.='

6. Esok sambung lagi eh..ehehehe..sakit pinggang..need to rest..hurm..this pms pain is killing me..  :(




THE END :)


DO DROP ME A COMMENT.. :)

0 people peek a boo..:

Post a Comment

Awak..terima kasih ea..
Penat mata awak baca kan?
Lembutkan la pulak jari jemari menaip comment di bawah ni ok ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
@CopyRight By MoMoChiMiOw ProPerTies